top of page

AWARD & PRIZES

KATA ALUAN

scuare-background.png

Meneraju Laluan Kecemerlangan Penyelidikan Hospital Pengajar Universiti  

​

​

Dengan sukacitanya kami mengalu-alukan kehadiran semua ke persidangan yang signifikan ini, di mana kita akan bersama-sama meneroka dan merangka langkah ke arah Kecemerlangan Penyelidikan di Hospital Pengajar Universiti. Kami di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) berbesar hati mengumumkan bahawa HSAAS akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pusat Perubatan Akademik KHUAM ke-6 dengan tema "Meneraju Laluan Kecemerlangan Penyelidikan Hospital Pengajar Universiti". Acara yang berprestij ini akan berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel bermula dari 17 hingga 18 Oktober 2024. 

​

Sepanjang persidangan ini, kita akan melalui perjalanan perkongsian ilmu, kolaborasi, dan inspirasi. Bersama-sama ini kita akan meneraju laluan yang komprehensif yang membawa kepada kecemerlangan penyelidikan dalam seting hospital pengajar, memanfaatkan kepakaran kolektif dan pengalaman untuk mendorong bidang ini ke hadapan. 

​

Program ini merangkumi pelbagai pembentangan, bengkel, dan perbincangan yang disusun dengan teliti sebagai pencetus dialog/perbincangan ilmiah, kreativiti, dan membangkitkan minat terhadap penyelidikan dan pendidikan dalam penjagaan kesihatan.

 

Kami menjemput anda untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam sesi perkongsian ilmu ini, berinteraksi dengan peserta lain, dan mengambil peluang untuk memperluaskan perspektif anda serta meningkatkan pemahaman dalam bidang penjagaan kesihatan. 

 

Meneraju laluan kecemerlangan ini, marilah kita berganding bahu dan komited dalam memperluas batasan pengetahuan, memupuk inovasi dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Semoga persidangan ini menjadi pemangkin kepada perubahan yang transformatif dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam memainkan peranan masing-masing di hospital pengajar. 

​

Mari bersama sertai kami dalam Persidangan Kebangsaan Pusat Perubatan Akademik KHUAM ke-6 ke arah penemuan ilmiah, kerjasama dan kemajuan. 

​

Berilmu Berbakti,

​

 

Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria
Pengerusi 
Persidangan KHUAM ke-6

bottom of page