top of page

 KHUAM & PERSIDANGAN

scuare-background.png

MENGENAI KHUAM

Logo-KHUAM-FINAL.png

Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) ditubuhkan pada 15 Jun 2017 dengan termeterainya Memorandum Perjanjian antara lima hospital universiti awam di Malaysia. Dan seterusnya, enam universiti awam lain juga telah turut menyokong dan komited terhadap jaringan strategik dan inisiatif ini.

​

KHUAM ditubuhkan dengan tujuan untuk mempunyai pendekatan yang sistematik dan bersepadu dalam pengendalian dan pengurusan Hospital-hospital Pengajar Universiti Awam. KHUAM tidak hanya mencipta rangkaian strategik dan perkongsian di antara hospital pengajar di bawah payung Universiti Awam, tetapi lebih kepada menyediakan saluran rasmi untuk memberi laluan kepada perkongsian dan pertukaran idea yang dapat meningkatkan reputasi hospital universiti ke tahap yang lebih tinggi dalam persekitaran global yang mencabar dan kompetitif pada masa kini.

MENGENAI PERSIDANGAN

Sejak penubuhan KHUAM, Persidangan Akademik Kebangsaan merupakan salah satu acara yang menjadi platform pertemuan antara hospital pengajar universiti, hospital kementerian kesihatan, hospital swasta dan juga agensi-agensi yang berkaitan dalam membincangkan perihal penjagaan kesihatan serta memberi peluang kepada para peserta menambah ilmu dalam konteks amalan norma baharu sistem perubatan dan kesihatan negara.

​

Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) dilihat dapat membawa satu peluang dalam penjenamaan semula Hospital Pengajar Universiti dan memberi manfaat dalam penerokaan bidang baharu seperti pelancongan kesihatan, perkongsian sumber, penyelarasan data pesakit dan peningkatan kepakaran.

​

Persidangan Kebangsaan Consortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) yang keenam akan bermula bermula dari 17-18 Oktober 2024, dan akan dianjurkan oleh Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM di Hotel Marriot Putrajaya.

​​​

TUAN RUMAH BAGI PERSIDANGAN KEBANGSAAN
KHUAM YANG LEPAS

bottom of page